"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, May 6, 2011

Kembali kepada yang asal...

Aku terasa seperti tiap-tiap hari aku mahu post sesuatu di blog ini. Alhamdulillah, aku sudah boleh membiasakan dengan keadaan aku di Malaysia. Memang itu yang sepatutnya aku rasa. Kenapa perlu rasa asing di negara sendiri kan?

Cuma, mungkin untuk beberapa perkara tertentu di China aku akan terus padam dari kotak memori aku. Ya, aku manusia lemah. Kadang-kadang aku lalai dan leka bila berada di sana. Dan sekarang aku sedang menjalani hukuman untuk setiap apa yang tak sepatutnya aku lakukan di sana. Menyesal? Ya, aku menyesal. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada satu kesilapan aku menjejakkan kaki ke China.

Manusia... Cepat benar tergoda dengan bisikan syaitan. Sampaikan prinsip hidup yang aku pegang selama ini terus aku tolak ke tepi. Teganya aku! Aku perlu mencari diri aku semula. Diri aku yang sebelum aku tinggalkan Malaysia.

Biarlah aku padam semua kenangan di sana (yang tak sepatutnya). Anggap ianya tak pernah terjadi dalam hidup aku. Bolehkah? Begitu mudah ke untuk aku hilangkan semua kenangan itu? Ah, silap aku. Jadi, aku kena tanggung.

Allah... Ampunkan segala dosa-dosa aku di sana. Jadikan aku manusia yang kuat....

No comments:

Post a Comment