"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Tuesday, April 12, 2011

selamat kembali ke Malaysia....

I know when I return to Malaysia, everything will change. I will return to normal life. I'm sure I'll be happy with my old life in Malaysia.

But I can not deny that I was very sad for dealing with this separation. I will stop everything I'm on arrival in Malaysia. I will live happily in Malaysia. Maybe for some things here, I will continue to erase the memory of my life. And I probably will not look back. I will continue to forge ahead, leaving all the memories behind.

I was disappointed. Maybe! Because I was a step in the wrong here.I'm not sure if I regret it or not, but I'm sad. Very sad! My thoughts, my mind, my heart, my feelings right now can not work stably.

Saturday, March 12, 2011

Suka duka di Lanzhou...

sekarang tepat jam 1.05 am di Lanzhou china... sejuk!!! Tapi mungkin aku sudah biasa dengan keadaan sejuk di sini. Alhamdulillah aku sudah mula dapat membiasakan dengan keadaan di sini. Okey la, aku semakin menjadi seorang yang tabah untuk menghadapi segala kesusahan yang aku hadapi di sini. Justify Full
okey, biar la aku berterus terang di sini. Ya, aku memang tidak pernah menipu apa yang aku tulis di blog ni. Sebab setiap apa yang aku tulis adalah dari apa yang aku rasa dan aku alami.

untuk hari pertama aku sampai di Lanzhou, aku masih mampu bergelak ketawa . Cukup aku katakan hanya hari pertama aku sangat gembira di sini. Langsung hari kedua aku di sini, aku sudah mula menangis di sini. Aku tak pasti sama ada memang hobi aku suka menangis, tapi itulah yang selalu dikatakan kawan2 aku. Tak kisah la, air mata aku tak menyusahkan sape2... haisy...

Entah la, keadaan di sini tak ada la teruk sangat tapi mungkin aku masih tak dapat biasakan dengan keadaan di sini. Pertama, aku menangis masa nak berpisah dengan Deeya, Tati & Eja. Sedih wei, dah la kat tempat org. Hari kedua dah dipisahkan. Dan kali kedua, aku menangis masa aku ditunjukkan tempat di mana aku dan Rifa akan tinggal. Sungguh aku terkejut dengan tempat tu. Aku sendiri tak yakin yang aku akan hidup kat tempat macam tu. Actually, aku ada gambar tempat tu tapi sebab internet sangat slow, tak dapat aku nak upload di sini.

Lao Shi tanya sama ada kami sanggup tinggal di sini. Terus Rifa kata "I dont think so, Lao Shi." Aku hanya diam, tapi mata dah mula berair. Mahunya aku dengan Rifa kena paksa hidup kat tempat macam tu, mahunya 2 bulan aku menangis tak berhenti siang dan malam.

lao Shi datang kat aku, mula gosok bahu aku. Alahai korang kalau korang tengah sedih, tiba-tiba ada plak yang prihatin sampai macam tu sekali, mahunya aku tak nangis. Lagi la teruk aku menangis. lao Shi terus peluk aku dan kata tak kan tinggalkan kami kat sini. Dia sendiri tak sanggup nak tinggalkan kami dengan keadaan tempat macam tu. Dia sendiri manangis tengok aku mennagis.. hebat jugak penangan air mata aku ni ye... Masa ni memang aku betul2 menangis depan pekerja2 kat sini. Semua pandang aku dengan muka kasihan (atau muka perli sebab memilih sangat)... entah la (ada aku kesah)... tapi lao shi terangkan pada mereka macam mana keadaan kami di Malaysia. Ya, org cakap bila kita masuk negara org, kita kena mula belajar & terima budaya mereka. Aku boleh terima diorg paksa kami makan banyak, jalan laju, makan laju, jenis yang ganas, bersuara kuat macam nak marah org... aku boleh terima semua budaya mereka kecuali yang satu ni je aku tak boleh terima... budaya tak menjaga kebersihan toilet.

Betul!!! Aku bukannya manja, nak memilih hidup di hotel. Kehidupan aku di kampung pun bukanlah kaya raya, tapi sekurang2nya budaya kita menjaga kebersihan. Ya, mungkin kami boleh bersihkan bilik tu tapi macam mana dengan keadaan toiletnya. Sungguh, sampai sekarang aku tak boleh terima keadaan toilet mereka. Lantak korang la nak cakap aku ni terlebih pembersih ke apa. Tapi macam mana nak hidup kalau ada toilet yang tak ada air, just guna tisu. AKU TAK BOLEH HIDUP MACAM TU!!! Perempuan ni remeh sikit, ya faham2 sendiri la... Tu belum masuk lagi nak mandi, basuh baju.... haisy... nak je aku ajar bab thaharah kat diorang di sini...

dan sekarang... aku ditempat kan di sebuah sekolah tadika islam. panjang ceritanya macam mana aku boleh ada di sini... nanti je la aku cerita kat Malaysia. Tapi kat sini pun sama je toiletnya... lagi dasyat kot. ye la, kalau dah nama duduk dengan kanak2 memang la lagi teruk aku nak gambarkan keadaan di sini... tapi aku tak peduli sebab kat sebelah sekolah ada tandas berbayar... untuk mandi kena bayar 5 yuan... untuk buang air 5 jiao... Letak la berapa harganya aku rela bayar dari aku masuk toilet kat sekolah sini... Aku yakin 2 bulan aku kat sini, kaya pakcik yang jaga toilet kat sini!!!! Muka kami je hari2 masuk tandas diorg... tapi pakcik & makcik yg jaga tandas ni baik... baik sangat.... hmm... So, pengajaran di sini... bersyukur la anda wahai anda rakyat Malaysia kerna di Malaysia sangat mudah untuk masuk toilet yg bersih, mandi, basuh baju...

tapi... walau apa pun aku sayang sangat sama kanak2 di sini... aku masih ingat masa mula2 aku masuk kelas... ada seorang kanak2 datang pada aku.... dia peluk aku dan cakap "Lao shi. love you." Terus tangan aku dicium.. ENtah la, rasa sangat bahagia bila dengar kanak2 pandai berbahasa inggeris di sini. Ya, cikgu2nya kat sini tak pandai speaking langsung... apatah lagi anak2 murid2nya... Aku tak pasti sama ada aku ni berwajah penyayang atau tak, tapi setakat ni aku mudah mendekati kanak2 di sini.. Aku teringin nak berborak & mendengar luahan mereka di sini, tapi masalah komunikasi membataskan segalanya... Sebenarnya ,macam2 benda yang budak2 ceritakan pada aku tapi aku hanya angguk sebab tak faham... cikgu2 kat sini pandai cakap arab je... aku plak dah lama tak belajar arab, langsung lupa terus arab aku.. tu la, dulu mak suruh amik STAM tak nak..... hmmmm....

Dari pemerhatian aku, diorg di sini sangat garang (ganas lebih tepat)... kadang2 mcm over sangat marah budak2 ni.... main ketuk kepala, sepak budak2.... haisy... penderaan kanak2 betul la diorg... sedih aku tengok... Ya, kalau budak tu nakal sekali, tak perlu la sampai nak sepak2... nak je aku sepak balik cikgu2 kat sini, tapi.................. agak mustahil la!!!

sebenarnya, hari ni sangat gembira buat kami bertujuh. ya, kami dapat berjumpa... dengan bantuan 2 org kawan sham... (Burhan & Rahman)... Hanya Tuhan je yg tau betapa baiknya mereka... dah la hensem ... haisy (sila jgn gatal sini ye) ahaks... Dari pagi kami berjalan keliling Lanzhou sampai malam... Aku suka suasana malam kat sini sebab sangat cantik... kalah I-City... sungguh tak tipu... insyaAllah ada kelapangan akan aku upload gambar...

Tapi memang baik pun diorg ni... bukan diorg je, kebanyakan memang rakyat2 Lnzhou ni baik2... peramah pun ye... tapi nak cari yg pandai cakap bi, sangat susah... tu la masalahnya!!! Ingat lagi tadi masa jalan kat bandar dah malam, sanggup diorg berdua nak hantar kami balik ke tempat kami... Siap suruh sham & din balik tidur... Diorg sanggup nak hantar kami. tanpa sham & din.. Budak berdua tu mahu je.. SANGAT HAMPEH betul ye diorg berdua.. nak je aku sekeh diorg ni... tapi Rifa tetap paksa sham & din hantar kami sama... Ya, baik macam mana pun still masih baru kenal... aku lebih percayakan sham & din yg dah 4 tahun sama2 jd kawan...

Ya, hari ni rasanya dah mampu tersenyum sikit... hilang sikit tension kerja dapat jumpa diorg berlima... tapi pas ni aku sedih balik kot... diorg bertiga mungkin akan dihantar ke luar wilayah Lanzhou.. satu jam setengah dari tempat kami... susah la nak jumpa... haisy...

Banyak yang aku belajar kat sini... tapi sekurang2nya tercapai jugak la impian aku nak belajar hidup zuhud... memang ini antara pengalaman yg bernilai di sini.... kalau ada org tanya aku nak datang lagi tak Lanzhou..................................... aku akan jawab................... aku akan jawab bila aku balik Malaysia... hehe... (^_^)



Monday, February 21, 2011

terbang........................


aku akan tinggalkan dunia aku yang sekarang....
hanya tinggal beberapa hari lagi aku akan mula mencari kehidupan baru di dunia sana....

aku akan mulakan kehidupan baru di sana...
insyaAllah... mana tahu rezeki aku lebih terarah di sana....

aku mahu terbang sejauh-jauhnya...
aku mahu tinggalkan semua insan2 yang aku sayang di sini....

Allah....
permudahkan urusanku....

Sunday, February 20, 2011

nasihat mak untuk adik...

pagi itu mak telefon....
jarang sekali mak telefon, sebab mak kata sebagai seorang anak, aku yang patut dahulu telefon mak... ya, aku akui... (^_^)

Biasa kalau mak telefon mesti untuk tujuan penting.... entah kenapa panggilan mak kali ini aku rasa sangat terusik, sedih, sayu..... mak suruh aku solat... dan kemudian baca yaasin pagi itu....

entah la, sejak aku menjejakkan kaki ke kampus ini, aku jarang sekali solat sunat... hanya aku mula solat sunat bila exam betul2 hampir tiba... lekanya aku... berapa kali mak pesan suruh aku amalkan solat hajat selepas maghrib seperti yang biasa aku lakukan masa di sekolah menengah dahulu... tapi....... aku ambil ringan semua itu... (pengakuan ikhlas lagi jujur ini!) haisy... (sila berubah ye wahai saya!!!!)

bacaan yaasin pagi itu sungguh syahdu aku rasakan... mungkin sebab aku bersendirian ketika itu... kawan2 yang lain dah keluar untuk menjalankan LI masing2.... sedihnya... terbayang seketika kalau ketika itu aku sedang membacakan yaasin untuk kedua orang tua ku bila mereka dah tiada lagi di dunia ini... (sungguh la rasa tak sanggup nak fikirkan semua itu)

entah la, tak terbayang rasanya bila saat itu akan berlaku.... :'(



Saturday, February 12, 2011

terluka... tapi Allah sentiasa mengubati kelukaan ini...

aku tak pasti sama ada aku telah lakukan sesuatu yang betul atau tak... tapi aku insan biasa, sentiasa mengharapkan aku melakukan sesuatu yang tepat...

tapi... yang aku pasti gerak hati aku selalu tepat.... jarang aku lakukan keputusan, aku akan menyesal dengan keputusan aku....

dan dari setiap peristiwa yang aku lalui, aku mula dapat berfikir.... tentang mereka yang berada di sekeliling aku... tentang sukarnya membuat pilihan... tentang payahnya membuat keputusan... sampai terpaksa membiarkan hati sendiri terluka... sampai terpaksa membiarkan air mata menangis kerana terluka....

susah kan nak jaga hati & perasaan semua orang???
tak apa... biar la... aku insan yang kuat... sejauh mana aku diperlakukan aku akan tetap jadi tabah & kuat.... aku akan tetap hadapi dengan sabar.... aku sudah besar... yup, aku akan hadapi dengan yakin.... (ini dinamakan ayat motivasi untuk diri sendiri)

akhir sekali aku nak cakap...
aku sedia berkorban apa sahaja.... apa lah sangat dengan pengorbanan aku ini... andai dapat membiarkan mereka tersenyum & bahagia.... kan3...

Friday, February 11, 2011

rindu...

hai cik blog....
saya rindukan kamu....

tak tahu nak tulis apa...
sbb memang malas nak taip...
(^_^)

Wednesday, January 26, 2011

akan terus melangkah....

hari berganti minggu... minggu berganti bulan....
cepatnya masa berlalu... pejam celik dah nak habis study di bumi UM ini....
masa depan aku masih lagi dalam pembikinan....
kabur... kelabu.... langsung tak nampak ke mana arah hidup aku yang akan datang....

dan sekarang....
aku tak dapat nak elak untuk memikirkan tentang kehidupan aku di masa akan datang....

mungkin...
aku patut lebih fokuskan pada persediaan untuk menjalani kehidupan di china awal bulan tiga ni...
secara jujur aku sudah tidak sabar mahu ke sana... aku mahu timba sebanyak mungkin pengalaman di sana walaupun aku tahu aku bakal berhadapan dengan pelbagai masalah yang tak mungkin dapat dielakkan...

tapi... insyaAllah....
Allah sentiasa bersama aku....
doa mak akan sentiasa mengiringi perjalanan aku di sana....

Allah.... permudahkan urusan hamba-Mu ini....