"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, April 24, 2010

~DIA DATANG LAGI~


untuk kesekian kalinya, dia datang lagi... sebenarnya langsung tak mengharapkan kedatangan 'dia'... huhu... tapi kenapa mesti muncul...

alahai exam... rasa nak putus nyawa tyme jawab 'pengurusan kewangan'... huhu... tak tau la pe la yang bakal terjadi ngn result aku... redha je la... tapi risau kat pointer je.. huhu...

next paper, isnin ni plak... harap kali ni dapat lakukan yg lebih baik... moga Allah permudahkan urusanku... ameen~~

walau pe pon jangan mudah putus asa... teruskan perjuangan... masih panjang perjalanan hidupku... okey... smile... (ayat untuk tenangkan hati)... hee... =)


Tuesday, March 30, 2010

Saya Suka Addin Shah...



Nama yang sekian lama aku guna di fb... nama ni tati yg suggest... suka pada nama ni... kawan2 ramai yang tanya sampai bila nak guna nama addin shah ni... jawapannya sampai bila2... sebabnye...

baru2 ni masa pegi book fair... masa nak amik tandatangan penulis 'norhayati berahim'... dia kata kenal aku sebab nama 'addin shah'... wah... bangganya saye... hee... =)
kadang2 bagus gak jadi peramah kat fb nih... aku memang suke tegur penulis2 kat fb... sbb nye, satu hari nati nak jd cam diorg gak... mudah-mudahan... amin... dapat tulis satu citer pon dah bersyukur sgt2... =)

and next sebab... dapat ramai kenalan... sekarang aku dah ada 3 org adik angkat hasil drpd guna nama nih... sebab budak2 (Qaseh Ieya & Nadya Tini) ni ingat aku ni Hlovate.... lawak la tu... =)
to, adik Qaseh Ieya ... Nadya Tini ... hafizuddin syafiq... thanks...

kalau citer bab si Hafizuddin ni lagi best... hee... sebabnye ukhuwwah ni terbina sbb aku ingat dia ni hlovate @ ingat dia yg nyanyi lagu hlovate... segala ym, fb ngn blog dia ak add... punye la fanatik gile kat hlovate... hee... tp pas dia terang kan siapa dia, baru tau tanggapan ak silap sama sekali... =)

and last, sebab nama ni bakal jadi nama anak aku & anak tati ... hee... =)
may Allah bless you Addin Shah... hee... =)


"budak ni comey... "

Saturday, March 27, 2010

C.I.N.T.A

"ini merupakan jawapan dr mentor aku tentang 'cinta'... just berkongsi ilmu yg disampaikan..."

cinta itu kurniaan Allah.
sebagaimana Allah memberikan kita nikmat-nikmat yang lain,begitu juga dengan cinta.. DIA juga yang meletakkannya di hati kita.

salah ke kita rasa kenyang?
salah ke kita rasa lega lepas dah dapat tidur?
salah ke kita rasa lega bila lepas keluar toilet?

=)

jd salah ke kita merasa cinta?

kita sama2 dlm usia yg tgh usha2 cari pasangan. usia yang merasa tertarik pd lwn jenis. normal utk rasa suka pd seseorg. normal juga merasa rindu pd org yg disukai itu. normal sgt2..

tapi dipilihnya kita sebagai islam dan beriman maka kita seharusnya menjadi above normal.

kita yakin bahawa suratan takdir kita telah tertulis. jodoh tlh ditentukn. untuk apa kita nak risau.. (hee~ saya pn slalu ingtkn diri saya bila timbul tanda tny dlm diri.. "erm.. mamat ni suke aku ke tak sbnrnye. mcm suke. mcm tk.") jd ulang2 kan pd diri.. tk perlu risau. Allah knows what is best for us. tk perlu kejar2. gatal2. itu hny merendah maruah kita.

doa.

doa.

dan

doa.

itu sahaja jalannya.

sbb kita sendiri sedar bhw dlm keadaan kita yg masih blja. mmg tk daya nk kawin skrg ni. lagi2 kalau org yg kita suka pn masih tgh blja. so we just have to sabar.

doa. minta Allah lindung diri kita daripada melakukan perkara2 yg mengikut hawa nafsu. org dlm mode cinta ni kan nafsunya digoda2 syaitan..jd tingkatkan mujahadah. lawan.

dan bila dh terasa dh terover the limit. zina hati dh on red alert warning siren.. cpt2 taubat kembali pdNya.

cinta itu nikmat. buat kita rasa bahagia. tapi ujian nikmat tu kan lebih bahaya daripada ujian kesusahan. mengingat Allah sewaktu diri diselimuti nikmat tu memerlukan mujahadah yg lebih tinggi berbanding bila ditimpa kesusahan.

bukan ke kita harus mengingatiNya sepanjang masa.

cinta tu mmg Allah beri. tapi kita yg harus mengawalnya. kawal dengan iman. =)

jd utk kawal yang mantap haruslah dgn iman yang mantap.

iman akan mantap bila hubungan kita dgn Allah mantap.

utk dpt hubungan yg mantap dgn Allah harus terlebih dahulu mengenal Allah.

utk kenal Allah, harus tahu apa yang Allah suka, apa yang Allah benci.

pendek kata, kalau Allah kata Allah mencintai orang yg beriman,kita usahakan mencari tahu apa ciri2 orang yang beriman.

erm, Nabi Muhammad tu kan kekasih Allah. jd kita cuba2 la tgk2 akhlak Rasulullah yg mana blh kita contohi. jd kita juga dpt menjadi kekasih Allah.. =)

akhirnya nanti bertemulah dengan cinta sejati.. jauh menandingi cinta manusia yg belum pasti yg tlh membuat kita menangis bila dirindui..

sampai sini dahulu..

daripada insan yang juga bermujahadah dengan cinta manusia..
smga kita dikurniakan pasangan yang dipilihNya. yg dpt membimbing kita, mentarbiyah diri kita. yg bersamanya dapat kita bergandingan membina generasi rabbani.. =)


Thursday, March 25, 2010

masih mencari hidup untuk apa....


hari ni....
entah kenapa kebosanan aku melampaui tahap luar kematangan aku... sampai aku boleh tanya pada diri aku... hidup untuk apa??? Ini dah kira sangat kritikal...

the true aswer, mesti la utk beribadat Allah... aku hidup untuk Allah... itu aku tak nafikan...
cuma kadang2 terfikir... entah la... sampai aku search kat internet cari hidup untuk apa??? bila baca blog orang macam2 jawapan yg diberi... hee... ingatkan aku sorang yg boleh fikir di luar logik akal ni... rupanya ramai je lagi insan di luar sana yg mash tercari2 diri dalam kehidupan hari ini.... =)

semga kita semua berada di landasan yg betul dalam mencari diri kita... =)
ingat... anda org kepercayaan Allah di sini.. (amanah di dunia ini)
nice answer... =)

~delete @ hapus @ mansuh~


aduhai... terasa nak delete akaun facebook... tapi bila fikir balik... perlu ke buat mcm tu???? walaupun fb ni byk yg melalaikan namun aku nampak ada juga kebaikan nye...

antaranya...
aku dapat seorang mentor... hee... mentor yg aku temui ni sebenarnya roomate deeya, classmate ak... byk menasihati aku tika aku seperti hilang arah tujuan hidup... aku banyak tanya dia tentang.... macam2 benda ak tanya dia... jwpn yg diberi pun x de yg mengecewakan setakat ni... =)
betul la, kadang2 org yg tak rapat & kenal kiter ni sebenarnya dia lebih memahami kita...

aku suka baca dia punya status yg dipost kat fb... byk input yg dikongsi... boleh aku kategorikan sbg berdakwah dalam fb... i like... =)
start dr hari itu, ak nak kenal sgt dia... dia tak letak pic kt profile dia... album pon x de... akhirnya, ada sekali aku gi bilik deeya, akhirnya ak berkesempatan bertemu dengan dia... kenangan manis dgn dia bila kami solat berjemaah bersama... sbnrnya bila dgn dia, aku terasa rendah diri sgt2... bersyukur dpt kenal dgn insan seperti dia...

mungkin dr situ, ukhuwwah ini terus kekal utk selamanya... aku banyak bertanya bila aku dlm kekeliruan.... dia juga tak kedekut ilmu... berkongsi segala macam ilmu yg dia ada...

aku dah letak dia sama level ngn 'hlovate'.... sekarang ak ada 2 org mentor... thanks huda... =)



Wednesday, March 24, 2010

~~ PuTeRiKu SaYaNg ~~


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Tuesday, March 23, 2010

ujian itu sangat perlu~~



aku sungguh terpukul @ terasa dengan kata2 seperti ini... huhu...

"Bukan mudah nak meninggalkan pangung wayang dan blockbuster movies...
bukan mudah nak meninggalkan cerita yg bukan2 dan lagha lagi melalaikan kat TV...
bukan mudah nak delete lagu-lagu Daft Punk dan segala macam lagu yang sepatah pun liriknya tak sebut pasal Tuhan yang dulu ada dalam simpanan...
bukan mudah nak meninggalkan jahiliah...
bukan mudah nak mengikis karat-karat jahiliah agar hati tu boleh bersinar berkilat lawa macam stainless steel baru keluar kilang..."

"If you forget what you were, you'd never be grateful of what you are. ingat tu. Perlu selalu bersyukur dengan what you're now and nonetheless before. Kadang-kadang benda tu kita lupa..."

"Faham hukum Tuhan tapi tak amalkan tak bawak ke mana jugak..."

"Betul la orang kata better late than never, tapi it's better to never be late..."

"Dan betul la. Bukan senang nak jadi baik sebenarnya...."

"Bezanya terlalu jauh hingga dia sendiri tak pasti mampukah dia melangkah ke arah itu. Antara Hitz.fm. dan IKIM fm. Antara jean, tee, baju kurung, jubah dan tudung labuh. Antara jamie Thomas dan Imam Hassan al-Banna. Antara Linkin Park dan Sami yusuf. Antara lirik lagu dan dan kitab2 agama...."

"Terasa pegangan agamanya begitu rapuh. Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam. Sekadar membaca yasin pd malam jumaat. Sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang, jean straight-cut dan tudung biasa. Aku tidak mengamalkan qiyam sekurang2nya seminggu sekali. Tidak menghabiskan satu juzuk al-Quran selang seminggu. Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah. Tidak mengulang al-ma'thurat setiap subuh dan asar. Tidak solat rawatib untuk setiap solat fardhu...."

"Kalau dulu, mungkin dia merasakan yang kini telah jadi 'baik'. 'Baik' kerana dah pakai tudung tak nampak rambut menggerbang. 'Baik' kerana kalau pergi menonton wayang pun dia pergi sendirian. 'Baik' kerana sekarang dia solat walau kadang-kadang hampir ke hujung waktu, yg dirasakan dah cukup baik dirinya sekarang..."

"Bukan mudah sebenarnya untuk benar-benar memahami, menjiwai, dan mempercayai benda yang selama ni masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tau je Allah tu la sepatutnya satu-satu tempat bergantung. Tau je hanya Allah yg boleh menjadikan sesuatu yg buruk atau yang baik dalam apa jua keadaan. Tau je sebenarnya Allah yg memberikan nyawa untuk hidup, memberikan jagaan dan memelihara keselamatan dengan kekuasaanNya..."

"Awak pernah rasa... kadang2 tu macam ada satu benda yg sgt besar yg missing dari hidup kita.."