"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, July 29, 2013

4hb Ogos...

Bismillah... pejam celik sekejap je dah nak sampai ke penghujung ramadhan... dan ini bermakna tarikh aku nak balik kampung pun dah tak lama... yeay!!!!!!!

Serius rindu sungguh kat kampung. Kat mak ayah.. Tak tergambar perasaan ini dengan kata-kata. Tiap-tiap minggu tengok je kawan-kawan umah sewa balik kampung dengan perasaan sayu. Haisy... dalam hati sabar...sabar...

Sadis tau duk sorang-sorang kat umah sewa. Pukul 7 mesti call mak. Tanya mak buka puasa makan apa. Mak sihat ke.. Ayah sihat ke... Em, kesian ayah tak sihat. Mak kata lutut ayah sakit. Solat tarawikh pun kena duduk. Tak boleh berdiri. Sekarang demam pulak sekali dengan semput dia. Huhu.. Sampai tak lalu nak makan apa. Makan bubur nasi je.. :'(

Lagi la terasa tak sabar nak balik kampung.

Tak pernah rasa sejauh ni. Utara-selatan.

Macam mana la agaknya diorang yang belajar sampai ke luar negara, mesti lagi dahsyat menanggung rindu pada family kan? huhu...

Allah...
Cepatlah minggu ni berlalu. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi kelahiran sendiri. Hehehe... :)

Wednesday, July 10, 2013

erti ramadhan kali ni...

Bismillah...

Alhamdulillah ramadhan datang lagi. Masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah Allah ini. Tapi kali ni berada di negeri lain dan suasana lain untuk pertama kalinya. Tapi suasana puasa tetap terasa.

Mengimbas kembali zaman di sekolah rendah...
Kalau dulu erti ramadhan bagi aku sangat... sangat.... sangat seronok. Luar biasa seronoknya. Sebab mak kata bulan puasa semua syaitan kena ikat. Jadi aku dan kawan-kawan zaman kanak-kanak ribena aku dulu seronok sebab dapat keluar malam tanpa bimbang ada hantu akan kejar kami. 
Masih ingat lagi aku paksa ayah untuk pasang pelita keliling rumah. Walhal baru malam ramadhan hari pertama. Tapi suasananya sambut ramadhan kat kampung memang sangat luar biasa seronoknya. Lepas pasang pelita, kami kayuh basikal pusing satu kampung. Dulu kampung suasana memang betul-betul kampung, tak ada pun rasa takut kena culik ke apa ke. Sebab kat kampung rasa tenang, damai je. Tapi sekarang dah lain. Hm... Kami main sampai la lewat malam. Lepas tu baru balik rumah. Dulu tak terfikir pun nak solat tarawikh ke, baca al-Quran ke... Oh sebab aku mengaji dengan mak, bila bulan puasa mak stop ajar ngaji. Tapi mak pesan kat semua anak murid dia suruh baca sendiri kat rumah. Mak betul-betul manfaatkan bulan ramadhan. Dalam masa sebulan bulan ramadhan, mak dapat khatam tiga kali. Siap khatam dengan terjemahan sekali. Hebat kan? Tapi anak dia banyak main je. Isyh3... 

Zaman sekolah menengah...
Masa sekolah menengah, baru aku kenal erti solat tarawikh, bertadarrus, menghafaz surah, usrah,  qiamullail, tazkirah... Sebab sekolah agama, alhamdulillah ilmu agama yang banyak aku dalami. Petang-petang kami buat tadarus. Sebab jadi senior, maka kena jadi naqibah untuk adik-adik form 1 & 2. Setiap hari jumaat, lepas balik sekolah kami ada tazkirah. Yang senior jugak kena bagi tazkirah. Jadi kami kena sentiasa bersedia dengan tazkirah apa yang nak disampaikan. Usrah pun kami buat. Macam-macam benda yang kami kongsikan dalam satu kumpulan. 
Insha Allah bila ada anak-anak sendiri nanti, aku akan pastikan semua anak-anak aku keluaran sekolah agama. 

Zaman universiti...
Bila masuk u, ramadhan agak terasa bebas sikit. Betul cakap ustazah-ustazah masa sekolah menengah dulu, bila dah masuk u, aktiviti-aktiviti agama kena cari sendiri. Bukan macam kat sekolah, semua dah diatur. Just ikut je. 
Tapi walaupun dah masuk u, aku tetap berada dalam aliran agama. Alhamdulillah dikelilingi dengan kawan-kawan yang sentiasa mengajak ke arah yang baik. Walaupun jarang turun solat tarawikh dekat surau, tapi kami selalu solat jemaah ramai-ramai. Selalu Deeya la yang jadi imam. Hehe... Kan diya? rindunya nak solat sama-sama, iftor sama-sama, masak sama-sama, sahur sama-sama, tengok running man sama-sama... eh? :p

Zaman sekarang (kerja)...
Zaman sekarang dah mula berada dalam dunia masyarakat. Macam-macam benda yang dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Sekarang kerja aku untuk tanamkan erti ramadhan dalam diri anak-anak murid. Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kalau untuk murid-murid darjah 5, aku selalu nasihatkan supaya banyakkan membaca al-Quran. 

Insha Allah... mudah-mudahan dapat menunaikan ibadah puasa hingga ke akhirnya. 
:)

Saturday, June 29, 2013

masalah di sekolah....

Bismillah... 

Alhamdulillah, tadi baru selesai buat Kem Bestari Solat (Fasa 2). Macam-macam benda yang terpaksa aku lalui. Memang sebenarnya sangat besar dugaan bila ada di Sekolah Cina. Semua perbelanjaan untuk Kem ni terpaksa keluar poket sendiri. Aku pun hairan sebenarnya, PPD ada cakap duit Pendidikan Moral sepatutnya dibahagi dengan Pendidikan Islam. Tapi sampai sekarang tak ada pulak yang nak datang nak bincang pasal ni. Aku ni dah la tak bergaji lagi, elaun je kot. Bukan nak berkira, tapi duduk di bandar besar macam ni kena jugak berkira. Kalau sekali je Kem tak apa jugak, ini 4 kali setahun. Kami ni budak baru. Mana nak tahu sangat. Tak kan la aku nak terhegeh-hegeh jumpa PK tanya pasal ni. Terasa jugak yang diri ni memang menumpang kat sekolah orang. 

PPD pun kata nak hantar guru pembimbing dari Sekolah Kebangsaan tapi sampai sekarang tak ada sampai-sampai pun. Fail Panitia pun tak siap lagi. Hadoi pening kepala aku ni. Dah la aku tengah demam ni. 

Hai, sabarlah hati.... 

Sedar tak sedar dah setengah tahun pun aku wujud di SJKC Union. Maknanya aku ada lagi setahun lagi. Untuk tempoh setahun ni aku mau siapkan segala-galanya. 

Matlamat aku sebelum aku tinggalkan sekolah ni :

1. Siapkan Fail Panitia & Fail j-QAF. Walaupun aku memang langsung zero pengetahuan tentang pengurusan fail ni tapi aku tetap nak buat jugak yang terbaik. Dengan kudrat aku, insha Allah aku akan cuba jugak buat. Fail ni je yang boleh membuktikan sumbangan aku pada sekolah ni dan pada murid-murid Islam di sini. 

2. Akan meninggalkan semua pelajar aku dengan keadaan mereka boleh membaca jawi. Tak apa la tak pandai tulis jawi pun tapi asalkan pandai baca jawi. Permudahkan ya Allah.

3. Pastikan setiap student pandai baca al-Quran. 

4. Tahu untuk bersolat.

5. Tak akan ada rasa malu untuk memakai baju kurung & tudung lagi bila datang ke sekolah. Kata mereka, "malu la Ustazah, kawan-kawan lain semua duk ejek-ejek." Aku balas, "kenapa nak malu? Ustazah kat bilik guru tu sorang-sorang je makhluk yang pakai tudung. Ustazah tak malu tapi ustazah bangga tau! Kita kena bangga kita jadi Islam." 

*Matlamat ni paling susah kot*

6. Prestasi student dalam akademik (P.Islam) meningkat. 

Allah, permudahkan setiap urusanku di sini. Jadikan setiap langkahku diberkati Mu... amin... 

Friday, June 28, 2013

mak....

Bismillah...

Ketika menulis bait-bait kata di sini, aku sedang diserang demam panas, selsema dan batuk yang amat dahsyat. Semalam aku telan berapa biji ubat pun aku tak kira. Ada la dalam 10 bijik kot. Itu pun atas ehsan housemate yang bagi. Lepas tu aku terus tak sedar, bila sedar je aku rasa panas yang maha dasyat, terus aku buka sweater yang berlapis-lapis kat badan. Bangun pagi demam dah kebah, cuma batuk dengan selsema tak nak hilang. Boleh tahan sampai lembik jugak la malam tadi.

Pagi ni pergi klinik, ambil mc. Malas dah aku nak pi sekolah, nak ngajar pun suara dah tak ada. Esok nak handle Kem Bestari Solat entah ada kudrat ke tak.

Hari ni nak makan ubat pun dah tak sanggup. Kalau aku telan ubat jugak, alamatnya sampai ke petang la aku tidur. Assignment kena hantar hari ni jugak. *sadis*

Aku sebenarnya kadang-kadang tak sabar nak habis sampai bulan 6 tahun depan. Biarlah aku nak menganggur ke apa lepas ni. Yang penting aku nak rehat. Rasa jugak terseksa bila duduk di sekolah cina.   Kalau aku kahwin memang aku akan terus stay sini. Kalau tak aku akan balik kampung jaga mak ayah kat rumah. Entah la, rasa macam dah tak mengharap sangat nak jadi cikgu. Almaklumlah soalan exam susah gila, tak yakin pun boleh dapat result yang best. Dengan keadaan yang sibuk dengan sekolah dan assignment yang berlambak. Ku redha.

Bila demam macam ni mula la ingat kat mak kat kampung. "Mak.... nak mak... Nak mak jaga adik!" :'(
Biarla nak manja dengan mak pun. Huk3...

Baru-baru ni ada call mak, tanya kat kampung kena jerebu tak? Mak kata kena jugak cuma tak teruk sangat. Risau jugak sebab umah aku memang dekat sangat dengan Mersing, Johor. Mak kata doa la mintak hujan turun.

Mak cakap, kat kampung dah lama tak hujan. Sampai air kat sawah dah kering. Ayah pam air kat sungai. Sampai sungai pun nak kering. Last ayah stop pam air kat sungai.

Sedih dengar. :'(

Aku kat Penang ni, kalau pagi-pagi hujan, aku selalu mengeluh sebab nak pergi sekolah susah. Selalu mintak hujan cepat berhenti. Tapi aku tak tahu, hujan yang turun ni adalah rahmat. Berapa ramai orang kat luar sana selalu doa mintak hujan turun (termasuk mak ayah).

Bila la aku nak kaya ni? Aku rasa tak sanggup dah nak biar mak ayah pergi sawah. Umur macam mak ayah aku ni memang patut duduk rehat je kat rumah kan?

Allah, jadikan aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan rahmat-Mu. Amin...


Tuesday, May 21, 2013

0

Things change. People change. Circumstances change. Relationships change. 
You either have to accept the change and be happy with it or walk away and never look back .. 

can i?

Bismillah....

Aku rasa hari demi hari, semakin dihimpit tekanan yang maha dasyat. Dan begitu hebatnya. *buat ayat dramatis sikit* hehe..

Entahla, kadang-kadang rasa macam dah putus asa, putus semangat. Yalah, dengan cuti sekolah dah nak masuk ni. Tapi banyak lagi kerja yang tak settle. Assignment yang berlambak-lambak, tekanan dari sekolah, JPN... Arghhhhh banyaknya. (point yang sama bila aku menulis di blog). Tambah lagi... exam pun makin dekat tapi langsung tak sempat nak buka buku studi. Kalau yang BM ni aku boleh main goreng je, tapi kalau yang arab ni sungguh la aku tak tau nak tulis apa. Hmmm.. =='

Itu tak masuk bab student lagi. Ya Allah sungguh la aku hilang sabar. Mungkin sebabnya :
1) aku masih baru dan tak banyak pengalaman untuk handle student yang bermasalah.
2) aku rasa nak cekik je student yang suka buat perangai. (atau lebih tepat aku ni agak panas baran sebenarnya). Memang pun, bak kata mak.... heh... :p

Tadi, ada kelas dengan student Tahun 1. Ye, semuanya masalah dengan darjah 1. Aku geram sungguh la dengan sorang anak murid aku yang bernama NUR NABILA BINTI ABDULLAH ni. Tengok betapa marahnya aku sampai aku tulis nama dia pakai caps lock dan siap bold lagi.

Nabila... tolong la jangan selalu sangat buat perangai. Tadi dia buat perangai tak nak masuk kelas. Dia berdiri je kat luar kelas sepanjang masa P&P. Aku geram sebenarnya. Aku cakap "masuk!!!!" dia balas "Tak nak!!!!" aku cakap sampai berpuluh-puluh kali suruh masuk kelas. Dia tetap jawab tak nak.. tak nak.. tak nak... dan tak nak!!!!!!!!!!

Aku sebenarnya tak kisah pun dia tak nak masuk kelas. Tapi sebenarnya aku kena kesah kan? sebab aku ni cikgu diorang kan???? Tanggungjawab aku kan???? haila.. =='

Bukan apa... untuk minggu ni aku kena buat ujian PKSR untuk budak-budak ni dan kena key in untuk hantar ke PPD. See.. kalau dia tak masuk kelas macam mana dia nak jawab kan? Tapi sebenarnya kalau dia masuk kelas pun dia tak akan jawab pun.

Hadoi la, sungguh la aku tak ada pengalaman nak handle student mcm ni. Aku rasa penyelesaiannya "just ignore her!" Can i? huhu..

Thursday, May 16, 2013

satu hari di hari guru..

Bismillah...

Sibuk... Banyak kerja tak siap.. Tak sempat nak marking kertas soalan budak-budak exam.. assignment.. band untuk student tak key in lagi.. bla.. bla.. bla...

Kerja yang tak pernah akan habis.. selesai satu, bertambah satu..

Tadi ajar kelas tahun 1.. Tajuk konsep bersuci. Aku ni memang jenis blur kalau ajar bab ulum untuk tahun 1. Dan aku ni memang jenis tak kreatif macam cikgu-cikgu lain. Banyak BBM. Aku biasa main terang je. Salah aku sebenarnya. Mengajar budak-budak tahun 1 kena gunakan teknik belajar sambil bermain. Aku ni mana la kreatif.

Aku bagi latihan je untuk diorang. Nak dijadikan cerita tetiba sorang anak murid  cakap, "saya tak nak buat ni, mak saya tak bagi buat ni." Aku tanya "kenapa Nabila?"

"Saya tak nak buat ni. Mak tak bagi buat!" Kata Nabila lagi. Aku cakap , "buat!" Ya, memang dengan student tahun 1 kena berlembut tapi kena tegas jugak. Mana boleh main ikut je cakap dia. Betul tak?

Aku rasa tak logik alasan dia kata mak dia tak bagi buat. Mak mana yang tak nak tengok anak dia pandai.

Berulang-ulang kali dia cakap ayat yang sama. Aku pun naik angin la jugak. Tetap cakap "Buat Nabila. Tak faham Ustazah ajar." Bukannya aku bagi je kertas soalan tu. Biasanya kalau untuk tahun 1 ni, aku tanya aku la yang tolong jawabkan. Diorang just tulis je jawapan atas kertas. See, baik tak aku ni? Hehe...

Mungkin sebab aku duk paksa-paksa dia, tetiba dia menangis. Geram lak ai. Aku tak marah pun nangis jugak. Aku dah blur tak tau nak buat apa. Memang jangan harap la nak pujuk. Makin pujuk makin menjadi. Aku panggil kakak dia yang tahun 3 suh tengok adik dia yang menangis ni. Kakak dia kata dia pun tak tau nak buat apa. Last sekali dah kami dua-dua blur, aku suruh kakak dia panggil mak dia kat bawah. Biasa mak dia memang ada kat sekolah sebab tunggu kakak dia yang tahun 3 ni habis sekolah.

Tengok... masa dah la ada setengah jam je. Pastu murid buat hal plak. Mengganggu P&P je. *mengeluh jugak dalam hati* Alahai Nabila.... Sesekali jangan la buat hal.

"Kenapa cikgu. Nabila menangis ka? Dia memang macam ni selalu duk nangis. Dia bukan apa masa kindergarten dulu dia tak mau pi sekolah, cikgu garang. Tu yang dia tak berapa nak boleh sangat belajar ni. Cikgu-cikgu dia pun selalu marah dia. Saya mengadu jugak kat Guru Besar yang cikgu selalu duk marah, pukul dia. Yela, sekolah ni sekolah prestasi tinggi cikgu-cikgu mana boleh garang. Betui dak cikgu?"

Mak dia membebel sambil gosok-gosok badan Nabila...*pujuk*  aku dengar je, angguk sengih.. angguk sengih.. Silap aku panggil mak dia masuk jumpa anak dia.

Aku terfikir bezanya mak ayah dulu dengan sekarang. Kalau dulu ayah siap pesan lagi kat cikgu, "cikgu rotan la kalau dia malas ke tak mau dengar kata." Cikgu Math aku siap belasah kami dengan kayu kerusi yang patah lagi gara-gara lembab sangat nak faham Math. Garang tak hengat. Tapi mak ayah tak dak pun mai serang cikgu. Sorang pun tak dak. Semua antara kami redha je kena rotan. Huk3 syahdu sungguh ... :p

Teringat lagi masa aku ponteng sekolah. Dari rumah sampai sekolah ayah rotan aku. Tengah-tengah hujan plak tu. Basah lencun tak payah cakap la. Tapi ayah paksa jugak aku masuk kelas. Ayah bagi duit belanja 50 sen. Dulu 50 sen je mampu. Aku ingat lagi macam mana aku baling duit tu keluar kelas ikut tingkap. Nak tunjuk protes geramnya kat ayah. Ada ayah kesah? Kawan-kawan yang baik hati tolong kutip balik duit syiling yang berterabur pastu letak balik atas meja.

Sekarang bila mak sikat rambut, mak akan kata "parut atas kepala ni la yang kena rotan dengan ayah hang sebab tak mau pi sekolah dulu." Aku sengih je. Sedikit terusik bila teringat kenangan zaman sekolah rendah dulu.

Kalau mak bapak sekarang, "cikgu rotan anak saya, saya cakap kat Guru Besar. Saya report polis!" Isyh3 dasyatnye...

Okey.. berbalik kepada cerita Nabila...

Mak dia sambung lagi berkata-kata..."saya tak kisah kalau dia tak mau belajar, tak mau buat latihan, tak mau jawab exam, dapat kosong pun tak pe. Janji dia mau mai sekolah."

Aku terkejut dengan kenyataan mak dia. "Habis baik tak payah datang sekolah kak.. Sia-sia je.." Tapi aku jawab dalam hati je. Aku malas nak bagi pendapat yang bertentangan. Aku ni baru lagi. Tak kan la nak buat kes dah kot. Aku sengih angguk je.

Tadi pukul 4 exam P.Islam tahun 1 & 2. Aku yakin Nabila tak jawab paper aku. Dan aku gerenti hajat mak dia nak tengok anak dia dapat kosong dah tercapai. hm..

Guru kelas dia pun selalu mengadu kat aku. "Saya penat la cikgu ajar dia. Dia langsung tak ada basic bahasa cina tapi datang sekolah. Bahasa Melayu pun tak pandai lagi nak eja. Agama dia macam mana cikgu?"

"Macam tu la cikgu. Boleh la sikit-sikit."

Aku tak salahkan Guru Kelas dia. Mak ayah kena mainkan peranan jugak. Sama-sama main peranan betul tak? Cikgu sekarang bukan macam dulu. Mengajar semata-mata. Sekarang, semua benda kami kena buat. Nak, nak yang KSSR ni. Nak kena buat fail, key in, nilai student, segala-galanya la. Kalau tengok meja aku kat sekolah bukan macam meja cikgu sekolah, macam meja orang keje ofis. Penuh fail. Haisy... Bukan nak mengeluh tapi cuma luahkan perasaan je. Hehe...

Mak ayah pun dah tau anak tak reti bahasa cina, tak ada basic langsung. Hantar la anak sekolah kebangsaan. Kan senang. Betui dak? Just pendapat.. tak ada paksaan nak sekolah kat mana-mana pun kan? hehe..

Ehem...
Walaupun hari ni agak penat.. tension...
Tapi hari ni hari yang sangat bermakna. Rasa sangat beza bila ada anak murid cakap. "Ustazah, selamat hari guru!" Terasa sangat dihargai tau. Hari lahir pun tak rasa macam ni. Sungguh tak tipu!

Nampaknya ku dah macam selesa dengan profesyen ku ini. Alhamdulillah...

Wahai saya,
selamat hari guru. semoga menjadi guru yang berjaya di dunia dan akhirat.
Ingat... ni amanah Allah...
:)

*okey jangan nak sengih sangat... pi sambung buat asgmnt... pi tarannum*
hadoi.. =='