"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, March 18, 2013

diam atau bersuara?

Susah nak penuhkan apa yang semua orang harapkan. Orang harapkan kita menjadi apa yang mereka inginkan. Sedangkan mereka pernah ke terfikir untuk jadi seperti yang kita harapkan juga? Letih, keliru, penat, sedih, kecewa.... Itu gambaran hati ketika ini. 

Mungkin sebab itu timbulnya perkataan "Terima mereka seadanya. Terima kelebihan dan terima juga kekurangannya." Bunyi macam senang je cakap kan? Tapi hakikatnya kita yang perlu lalui semua perkara ni.  

Diam salah.
Terlebih cakap pun salah.

=='

garang.

Bismillah....

Lama rasanya tak datang jenguk di sini. Sibuk sangat la katakan. Tapi memang agak luar biasa sibuk sampai kadang-kadang tak tau mana satu kerja yang patut diutamakan dulu.

Aku rasa prestasi aku menjadi guru garang pun semakin meningkat. Kalau mula-mula dipanggil 'teacher' boleh lagi jadi friendly, suara pun lemah lembut je lagi. Tapi bila dah lama (3 bulan je baru pun) ni rasa jugak la angin hantu datang keje nak marah je. Suara pun sampai kelas sebelah pun boleh dengar. Letih tau nak ulang benda yang sama setiap kali masuk kelas. Haddoi...

"Bila ada alif kat belakang huruf baca panjang sikit!!!!!!!!!!! Bape kali nak cakap ni? Nak kena record ke?????" *sambil tangan ketuk meja*

"Bape kali nak cakap ni huruf dho (ض) ... ingat dho... doreamon!!!!!!!!!!!" *terasa juga nak ketuk je kepala diorang ni*

Bukan setakat doreamon, zorro, tomato, semua benda dah keluar semata-mata nak bagi budak-budak ni ingat huruf dalam Iqra' 1.

Tapi alhamdulillah budak-budak dah semakin meningkat walaupun ada juga yang lemah dan agak lambat bila belajar. Sudah tugas dan tanggungjawab, perlu jugak aku jalankan. Tapi kalau pandai, pandai sangat. Alhamdulillah aku dapat anak-anak murid yang semua-semuanya okey la.

Bukan apa, bila seorang cikgu tu terlalu banyak sangat kerja. Mana tugas nak mengajar lagi, assignment maktab, urusan fail panitia entah ke mana, kem bestari solat, aktiviti-aktiviti agama yang lain lagi, nak buat BBM lagi.... mau jugak tekanan perasaan. Nak, nak bila sorang-sorang je wujud kat sekolah cina ni, semua benda nak kena buat sorang-sorang. Pening sorang-sorang, letih sorang-sorang, semua sorang-sorang. Sabar je la.

Wednesday, February 27, 2013

senang hati



Bismillah…
Dunia semakin hari, semakin sibuk. Alhamdulillah aku semakin serasi di sini. Aku terasa hati aku sudah jatuh kasih pada mereka. Aku sungguh-sungguh sayang pada mereka. Baru aku rasa betapa nikmatnya hidup ini bila aku mengikhlaskan segala-galanya.
Dan tanpa ragu-ragu lagi, aku dengan ikhlas hatinya ingin mengatakan bahawa aku sangat suka pada profesion aku ketika ini. Aku rasa kemarahan, kesedihan, ketakutan, keraguan dan berbagai-bagai macam perasaan terus hilang sebaik aku melangkahkan kaki bersama-sama mereka. Yang ada hanya perasaan senang bila setiap hari aku melihat perubahan yang semakin positif pada pelajar-pelajar aku yang asalnya hanya kosong. Aku bahagia bila setiap kali mengajar helaian-demi helaian Iqra’ berganti ke mukasurat baru. Ya, walaupun bunyinya agak kacang goreng tapi hakikatnya susah mengajarnya hanya seorang guru yang tahu. Hehe. Dan terasa sangat senang hati bila melihat pelajar sendiri sudah mengenal tulisan jawi. Sudah mengenal Allah, Nabi Muhammad saw kekasih Allah, nama-nama Malaikat, adab-adab dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.
Walaupun aku terasa seperti sangat serba kekurangan mengajar di sekolah ini, tapi segala-galanya semakin dipermudahkan hari demi hari. Mesti akan terasa kekurangan sebab aku mengajar pendidikan Islam di sekolah cina. Harus akan ada perasaan seperti tersisih sedikit (walaupun sebenarnya tak ada pun yang sisihkan aku). *just feeling*
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
 Semoga Allah akan terus redha dengan tugas aku ini. Amen. J

Tuesday, January 29, 2013

ahai...

Hai... lamanya tak buka internet. Actually, bukannya tak pernah online tapi dah lama broadband aku terbengkalai sebab tak ada duit dah nak bayar brodband. Sadis kan? Bila kat sekolah aku selalu jugak online tapi faham-faham la bila di sekolah, aku jadi manusia yang sangat skema. Mana ada buka blog, fb atau twitter. Buka emel je la.

Dunia aku makin busy. Ketika aku menaipkan kata-kata di sini, kepala aku berdenyut-denyut sebab sakit kepala. Tadi baru balik meeting. Hai, busy betul ketua panitia sekarang. :p

Sekarang baru ada masa, itu pun sebab aku ada kat rumah akak aku. Dia ni memang suka sangat suruh aku datang sini. Letih tau. Nak ulang alik dari Bayan Lepas ke Georgetown. Dah la merempit naik motor lalu kat highway plak tu. Huhu.

Tak ada apa pun nak tulis. Bosan yang sebenarnya. Heh.
*meroyan kat blog sendiri*

Tuesday, January 22, 2013

Kawan baru yang cun...

Bismillah...
Alhamdulillah sudah masuk minggu keempat aku menjalankan tugas di sini. Dan alhamdulillah aku dikurniakan sebijik motor atas belas ehsan ayah. Hehe... Bukan apa, sejak aku naik bas sesat sampai ke Batu Feringgi, ayah risau sangat dan ayah telah membuat keputusan menyuruh ku membeli sebijik motorsikal. Hakikat sebenarnya bila aku naik motor lagi banyak aku sesat. Minyak motor banyak habis sebab sesat je, tempat yang nak dituju sampai ke sudah tidak ketemu. Haisy kelemahan diri yang sangat aku tak suka! Huhu... *menangis*

Sebenarnya aku nak motor LC yang baru tu, tapi mak tak bagi. Mak suruh ambik motor biasa-biasa je sebab kata mak, esok-esok aku nak pakai kereta jugak. Motor ni untuk sementara je. Apa-apa la, asal dapat sampai ke sekolah dengan selamat. Itu pun ku dah bersyukur sangat (walau selalu kena hon). Huhu. 

Dan lagi, oleh sebab ku jadi Ketua Panitia (agak poyo bunyinya tapi itulah hakikatnya) yang mengkehendaki aku sentiasa meeting di sana sini, maka motor di atas banyak juga membantu aku. Serius agak poyo, sebab aku lah Ketua Panitia yang paling blur dan tak tau nak buat apa-apa. Biasa selalu dengar ayat macam ni, "eh Ketua Panitia mesti busy kan." Tapi aku tetap hidup dengan selambanya sebab secara seriusnya aku masih blur dan aku tak nampak langsung yang aku banyak kerja. Kerja aku pergi meeting je kot. Minggu depan ada 2 meeting. Nges3... :p

Dan agak tragisnya aku tak ada kawan nak meluahkan kebluran aku di sekolah. Waaaa... kenapa aku dapat SJKC? Huk3... Pagi petang aku banyak termenung dan pura-pura busy. Dasyat la diorang bekerja, busy sentiasa. Aku kena banyak berdikari sendiri. 

Tapi.. alhamdulillah aku sudah mula dapat biasakan diri & sesuaikan diri dengan suasana & persekitaran di tempat baru (walau kadang-kadang aku terasa sedang berada di negara China). Oh, housemate jugak baik-baik. Alhamdulillah, setiap hari urusan dipermudahkan. Terima kasih ya Allah. 

Thursday, January 10, 2013

alone


Bismillah.. 

Bila terasa sunyi dan bila suasana malam yang hanya kedengaran bunyi cengkerik (ini tipu, tiada bunyi cengkerik di Penang) terasa betapa sedihnya dan terasa betapa keseorangannya diri ku ini. Aku hairan kenapa pihak sekolah selalu tangguh-tangguh bagi jadual, demi Allah aku sudah tak sabar nak menjadi seorang wanita yang sibuk seperti Enul & Tati. Huhu.. 

Aku teringat kata seseorang di sini yang mengatakan aku seperti bersendirian di sini (ini ayat skema). Entah aku patut terasa atau tidak dengan kata-kata sebegitu. Atau sememangnya aku memang sudah biasa berdikari sejak aku mula-mula menjejakkan kaki di UM.  

Atau sebenarnya malam ini aku yang terlebih tacing barangkali. Heh.. 

Untuk tempoh 2 minggu aku berada di Penang, aku rasa banyak benda yang aku belajar dan aku rasa banyak jalan yang aku dah mula tau. Ini perlu sebab aku dah berkali-kali sesat di sini. Heh...

Walaupun di mata orang ku seperti manusia sebatang kara (sadis bebenar ayat) tapi hakikatnya aku tak pernah bersendirian sebab di setiap langkah aku ada yang menemani ku di mana-mana jua. Selagi aku tak pernah lupa DIA, aku yakin DIA juga tidak akan melupakan aku. 

Untuk apa jua dugaaan, ujian dan cabaran ku disini, aku bersyukur ya Allah. Ini baru perjuangan aku di duniamu, di akhirat kelak lagi besar ujian yang perlu aku tempuh. Permudahkan ya Allah.. ~~